Kebolehan Sakura Matō

Sakura telah mewarisi sebuah potensi sihir yang besar daripada darah daging keluarga Tōsaka-nya, walaupun dia mempunyai pengetahuan sihir-sihir dan sumber Mana yang terhad (disebabkan oleh ulat-ulat Zōken). Zōken pada satu-satu masa mampu mengubah Sakura menjadi Angra Mainyu dalam bentuk yang belum sempurna, yang dirujuk sebagai "si bayang-bayang". Dalam keadaannya ini, tindakan dan perlakuan Sakura tidak dapat dikawal olehnya dan seringkali diarahkan oleh Zōken sendiri. Namun begitu, sebaik sahaja Sakura menolak kawalan Zōken dan mendapat semula kesedaran dirinya, dia menjadi Dark Sakura, iaitu dirinya dengan personaliti yang gila dan jauh lebih ganas daripada biasa. Dalam keadaan ini, kemampuan Sakura untuk berfikir dengan waras dan mempunyai sebarang emosi telah dihancurkan sama sekali dan dia bertindak secara liar dan secara tidak langsung akan menghancur dan membunuh tanpa berfikir terhadap apa-apa sekalipun.

Dark Sakura mempunyai sumber Mana yang tidak terhad, namun jumlah yang boleh dikeluarkannya pada satu-satu masa adalah diterhadkan oleh jumlah litar magiknya. Sentuhannya sahaja mampu mencairkan jirim organik dan mengubah elemen asasnya menjadi Mana. Apabila sejenis makhluk yang dicipta khas daripada tenaga semata-mata dan bukannya jirim, seperti seorang Servant bersentuhan dengan bayang-bayang Dark Sakura, tahap mentaliti Servant itu akan dihancurkan oleh kejahatan, manakala kekuatan mereka pula semakin lemah. Dark Sakura juga mampu mencipta tentakel-tentakel daripada tubuhnya, selain itu mencipta raksasa-raksasa bebayang yang akur terhadap niatnya namun mampu berfungsi dengan sendirinya. Akhir sekali, Dark Sakura mampu melakukan penyembuhan serta-merta, membenarkannya sembuh daripada kecederaan-kecederaan zahir dalam masa beberapa minit sahaja.